Kembali Pada Tuhan
Jika engkau belum mempunyai ilmu, hanya prasangka,
maka milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan.
Begitulah caranya!
Jika engkau hanya mampu merangkak,
maka merangkaklah kepadaNya!
Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk,
maka tetaplah persembahkan doamu
yang kering, munafik dan tanpa keyakinan,
kerana Tuhan, dengan rahmatNya
akan tetap menerima matawang palsumu!
Jika engkau masih mempunyai
seratus keraguan mengenai Tuhan,
maka kurangilah menjadi sembilan puluh sembilan saja.
Begitulah caranya!
Wahai pejalan,
Biarpun telah seratus kali engkau mungkir janji,
ayuhlah datang, dan datanglah lagi!
Kerana Tuhan berfirman;
"Ketika engkau melambung ke angkasa
ataupun terperuk di dalam jurang,
ingatlah kepadaKu, kerana Akulah jalan itu."
- Jalaluddin Rumi
How beautiful!
Yes, we always have Him. Alhamdulillah for we are Muslims.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment