Wednesday, December 27, 2006

Bahasa Melayu

Lama tak update blog. Tak tahu nak tulis apa. Atau mungkin sebab sibuk dengan routine kehidupan.

Hari ni terasa nak guna bahasa Melayu. Mungkin selepas ni, blog ni akan diupdate dengan bahasa melayu and inggeris bergantung kepada mood pengupdatenya.

Dah nak masuk tahun baru lagi. Cepat betul masa berlalu. Mungkin bila usia semakin meningkat, kita rasa masa pun berlalu semakin cepat. Hari raya haji pun dalam dua tiga hari lagi. Kali ini, kami beraya di Melaka. Selepas beberapa hari, barulah bergerak ke Terengganu. Hmmm ... A and Sya mesti gembira. Jumpa nenek, atuk, tok and Aki, juga pakcik dan makcik. Mungkin kami sempat menyambut kelahiran anak saudara pertama di Terengganu. Insyaallah.

Cuti ku sampai 15 Januari. Lama juga... terpaksa ambil mengenangkan cuti tahun ini sebanyak 28 hari belum tersentuh lagi. Bimbang tak sempat dihabiskan. Lebih-lebih lagi kalau plan kami untuk menambah ahli keluarga menjadi tahun depan. Dengan maternity leave sebanyak dua bulan, mungkin tak sempat untuk menghabiskan annual leave.

A dan Sy semakin membesar. Seronok melihat mereka bermain bersama. Hiruk pikuk rumah jadinya. Bergaduh pun selalu. Kadang-kadang tu, tak sangka yg kami berjaya membesarkan mereka ke tahap sekarang. Sy sudah mula berlari-lari walaupun sentiasa terjatuh. A pun bukan main pandai lagi bercakap. Siang tadi, aku masih terlelap walaupun dah tengahari. A 'sekolahkan' aku begini ... "Ibu, janganlah tidur banyak-banyak, nanti sakit perut..". Hmmm ... apa kaitan tidur banyak dengan sakit perut. Kalau besar perut mungkinlah. hehehehe... A selalu juga bertengkar denganku. Kalau dah anak perempuan... bergaduh cakap je kerjanya.